Posted on Leave a comment

Online Bisnes Pun Perlu Flyers, Kenapa?

Kadang kita rasa bila kita dah buat perniagaan online, kita rasa tiada keperluan untuk membuat flyers. Walhal flyers ini adalah material pemasaran paling asas walaupun ia cara lama.

Andai contoh kalau kita buat suatu event, kita perlu juga flyers untuk kita sampaikan maklumat melalui kertas bertulis. Kita tak boleh nak bergantung sepenuhnya pada gadget untuk menyebar maklumat kerana kita mudah distracted dengan perkara lain. Jadi melalui medium ini maklumat yang penting, ringkas, padat, tepat sahaja perlu diletakkan di dalam flyers. 

Reka Grafik Yang Baik

Itu satu contoh keadaan kerana kita mahukan maklumat sampai cepat. Kalau tidak masakan property developer yang kaya masih menggunakan flyers untuk medium marketing mereka. Kita pula syarikat kecil pula tidak merasakan flyers ini penting. 🙂

Nak buat flyers ada juga etika atau perkara yang perlu diambil kira. Antara salah satunya adalah reka grafik.

Kita takkan mahu flyers dicetak hanya menggunakan dakwat di atas kertas berwarna biru gelak. Nanti maklumat tak sampai, perkataan tenggelam tak nampak, klien susah nak baca, keliru dan hanya buat klien sakit mata.

Jadi kalau nak buat flyers perlulah menggunakan khidmat syarikat yang telah berpengalaman dalam membuat reka grafik supaya maklumat sampai, klien juga mendapat nasihat dari sudut reka grafik.

Reka Grafik Yang Mengelirukan

Klien boleh bagi juga idea, konsep yang dimahukan, syarikat pereka grafik akan advise macam mana ia boleh direalisasikan. Dari segi material flyers jugak syarikat kami boleh advise.

Imej reka grafik itu klien boleh simpan andaikata di masa hadapan reka grafik itu ingin digunakan lagi atau untuk digunakan di dalam medium sosial media yang lain.

Jadi apabila reka grafik dah siap, barulah boleh fikir dan ukur bajet untuk buat berapa banyak flyers yang kita mahukan. Seeloknya buat banyak terus kerana kebiasaannya syarikat percetakan akan meletakan harga lebih rendah jika lebih banyak cetakan yang dibuat.