Posted on Leave a comment

Otak-Otak ZAIKIEY

Otak-otak antara kudap-kudapan popular di Malaysia terutama di bahagian Selatan Malaya. Ramuan yang digunakan agak asas juga hanya ikan dan rempahan.

Kemudian ia dibalut dengan daun pisang, dan dicucuk dengan lidi untuk memastikan ia “di-ikat” agar ramuan tidak keluar. Kemudian proses terakhir adalah hanyalah menyalai / membakar otak-otak untuk di-‘ngap’.

Dengan keenakan bau rempahan dan ramuan ikan ia menaikkan selera apabila dijamu secara panas. Rasa gigitan pedas, manis-manis membuatkan dengan hanya makan satu keping otak-otak tidak puas, sekurang-kurangnya 4-5 keping seorang. 🙂

Jadi hasil dari makanan tradisi ini klien inginkan membawa ia ke suatu tahap yang baru jadi mereka mendapatkan khidmat kami untuk mereka grafik logo untuk produk mereka.

Warna asas yang diinginkan merah dan biru dan kami telah menghasilkan dua pilihan seperti di bawah. Kami biarkan klien kami simpan kenapa signifikan warna tersebut pada mereka.

Di bawah ini pula penerangan setiap inci kenapa dan apa signifikan logo di reka sebegitu. Ia nya gabungan dari ramuan seperti yang disebut diatas dan di’reka grafik’ supaya ianya ‘masuk’ di antara satu sama lain.

Pilihan Satu
Pilihan Dua

Proses mereka grafik ini juga dibantu oleh klien agar hasil yang mereka inginkan dapat di terjemahkan dalam grafik ini. Kami juga membuat beberapa mockup dan design pelekat untuk dilekat di atas peti sejuk di tempat klien.

Jadi selain kami mereka grafik dan kami juga akan bagi konsultansi berkenaan tentang percetakan supaya klien tidak membuang masa untuk bawa reka grafik untuk cetak. Contoh sticker adalah seperti di bawah yang kami akan lekatkan di peti ais klien kami sedikit masa nanti.

Posted on Leave a comment

Signboard Menu Makanan Di Medan Selera Presint 8, Putrajaya

Signboard Menu Makanan Di Medan Selera Presint 8, Putrajaya

Signboard Menu Makanan untuk pelanggan yang membuka kedai makan di Presint 8 Putrajaya. Untuk produk ini direka grafik oleh kami supaya kami dapat pastikan bahawa “font” (jenis huruf) yang digunakan tidak mengelirukan pengguna.

Saiz yang di pinta oleh pelanggan adalah 8 x 2.25 ft dan material yang digunakan adalah vinyl sticker dan di”laminate”. Ini supaya dapat melindungi sticker dari sebarang bentuk cuaca atau persekitaran yang berminyak / sewaktu dengannya.

Kemudian sticker tersebut akan dilekatkan di atas plastik yang mudah lentur dan ia juga ringan untuk dilekat di dinding.

Signboard ini boleh juga digunakan sebagai faktor yang mampu menarik pelanggan untuk datang ke kedai anda. Contohnya, faktor reka grafik yang ceria untuk datang ke kedai anda.

Juga boleh dijadikan sebagai satu landmark kerana mudah diingati oleh pelanggan sekiranya reka grafik signboard tersebut lain dari yang lain.

 


Signboard Menu Makanan - Medan Selera

 

Di bawah ini adalah contoh mock up yang kami buat untuk menunjukkan kepentingan signboard sebagai faktor penarik kepada pelanggan.

Signboard Menu Makanan - Medan Selera

 

Sekiranya anda berminat untuk menempah sign seperti berikut anda boleh WhatsApp kami,

[chat style=8]

 

 

Posted on Leave a comment

Vynil Sticker – ANZ Horsepark

Vynil Sticker – ANZ Horsepark

Vynil Sticker – ANZ Horsepark – untuk seorang pelanggan yang membuat perniagaan menyewa kereta kuda untuk majlis-majlis perkahwinan, keramaian dan yang seangkatan dengannya. Idea perniagaan beliau terhasil dari minat beliau terhadap sukan berkuda.

Untuk menghiaskan kereta kuda ini, kami mencadangkan kepada beliau UV Vynil Sticker. Ini kerana dakwat UV mampu bertahan dengan lama untuk sebarang cuaca dan ia nya amat penting untuk kereta kuda ini. Ini kerana kereta kuda ini akan digunakan tidak mengira waktu siang atau malam.

Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menaik kereta kuda, anda boleh melawat page ANZ Horsepark .

Sekiranya anda berminat untuk menempah sticker seperti berikut anda boleh WhatsApp kami,

[chat style=8]

 

Vynil Sticker - ANZ Horsepark

Vynil Sticker - ANZ Horsepark

Vynil Sticker - ANZ Horsepark

 

Posted on

Signage Dilarang Masuk

Proses pembuatan signage dilarang masuk.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]

 


 

Posted on

MOCKUP Roll Up Bunting


Design untuk client MyViet Cafe untuk roll-up banner. Di sini kami juga ingin menunjukkan design untuk advertising produk client.

Sebarang pertanyaan boleh berhubungan dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]