Posted on Leave a comment

Operasi Di Alam Maya

Salam.

Dah lama tak update blog di KAPTEN CREATIVE. Pada klien semua, saya minta maaf kerana lambat sangat beritahu bahawa syarikat tidak lagi beroperasi di premis beralamat di:

1st Floor, No. 33, Jalan Putra Permai 1a, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Saya mengambil keputusan untuk beroperasi di alam maya untuk mengurangkan kos operasi dan sebagainya. Akui bahawa menguruskan sebuah perniagaan bukan sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang ditempuhi, wang yang dikeluarkan, masa yang digunakan dan pengalaman ini amat bermakna pada saya dan adik saya Amirul.

Amirul masih lagi meneruskan kerja rekagrafik dan hal-hal percetakan yang dia rasa tidak membebankan kerana Amirul juga telah bekerja dengan syarikat yang lain.

Sekian.

Posted on Leave a comment

Decal Sticker

Decal sticker NO SMOKING .

Sesuai di tampal di pintu pejabat atau di mana-mana sahaja yang anda mahukan.

Decal sticker STAFF ONLY.

Contoh decal sticker lain yang kami telah buat.

Posted on Leave a comment

Otak-Otak ZAIKIEY

Otak-otak antara kudap-kudapan popular di Malaysia terutama di bahagian Selatan Malaya. Ramuan yang digunakan agak asas juga hanya ikan dan rempahan.

Kemudian ia dibalut dengan daun pisang, dan dicucuk dengan lidi untuk memastikan ia “di-ikat” agar ramuan tidak keluar. Kemudian proses terakhir adalah hanyalah menyalai / membakar otak-otak untuk di-‘ngap’.

Dengan keenakan bau rempahan dan ramuan ikan ia menaikkan selera apabila dijamu secara panas. Rasa gigitan pedas, manis-manis membuatkan dengan hanya makan satu keping otak-otak tidak puas, sekurang-kurangnya 4-5 keping seorang. 🙂

Jadi hasil dari makanan tradisi ini klien inginkan membawa ia ke suatu tahap yang baru jadi mereka mendapatkan khidmat kami untuk mereka grafik logo untuk produk mereka.

Warna asas yang diinginkan merah dan biru dan kami telah menghasilkan dua pilihan seperti di bawah. Kami biarkan klien kami simpan kenapa signifikan warna tersebut pada mereka.

Di bawah ini pula penerangan setiap inci kenapa dan apa signifikan logo di reka sebegitu. Ia nya gabungan dari ramuan seperti yang disebut diatas dan di’reka grafik’ supaya ianya ‘masuk’ di antara satu sama lain.

Pilihan Satu
Pilihan Dua

Proses mereka grafik ini juga dibantu oleh klien agar hasil yang mereka inginkan dapat di terjemahkan dalam grafik ini. Kami juga membuat beberapa mockup dan design pelekat untuk dilekat di atas peti sejuk di tempat klien.

Jadi selain kami mereka grafik dan kami juga akan bagi konsultansi berkenaan tentang percetakan supaya klien tidak membuang masa untuk bawa reka grafik untuk cetak. Contoh sticker adalah seperti di bawah yang kami akan lekatkan di peti ais klien kami sedikit masa nanti.

Posted on Leave a comment

Memerlukan Pelajar Praktikal Grafik

KAPTEN CREATIVE memerlukan pelajar praktikal untuk membantu pereka grafik yang ada sekarang untuk melicinkan kerja dan meningkat kualiti servis jadi kami membuka peluang untuk pelajar membina pengalaman dan kemahiran di dalam bidang grafik.

Di samping itu, kami memerlukan juga pelajar untuk membantu proses percetakan agar kualiti servis terjaga.

Boleh emailkan kepada saya course yang diambil dan jika ada portfolio pun lagi digalakkan.

Email: azmi@kaptencreative.com

Lokasi: Equine Park, Seri Kembangan

Posted on Leave a comment

Baju Infografik

Kami ada satu klien yang mana beliau mahukan suatu kelainan pada bajunya. Dia mahukan konsep infografik dimasukkan ke dalam rekaan grafik baju beliau.

Semasa proses melakukan reka grafik tersebut beliau telah membantu proses rekaan dengan memberikan gambar beliau membuat kerja-kerja onsite bersama dengan staff beliau.

Dengan kombinasi idea beliau, gambar rekaan grafik ini adalah hasil dari kombinasi gambar dan disusunkan mengikut kesesuaian supaya perkara yang detail nampak. Seperti contoh huruf atau simbol yang kecil.

Kami menitikberat kan hasil kerja supaya apa yang klien kami mahukan dihasilkan dengan baik dan sempurna.

Posted on Leave a comment

Online Bisnes Pun Perlu Flyers, Kenapa?

Kadang kita rasa bila kita dah buat perniagaan online, kita rasa tiada keperluan untuk membuat flyers. Walhal flyers ini adalah material pemasaran paling asas walaupun ia cara lama.

Andai contoh kalau kita buat suatu event, kita perlu juga flyers untuk kita sampaikan maklumat melalui kertas bertulis. Kita tak boleh nak bergantung sepenuhnya pada gadget untuk menyebar maklumat kerana kita mudah distracted dengan perkara lain. Jadi melalui medium ini maklumat yang penting, ringkas, padat, tepat sahaja perlu diletakkan di dalam flyers. 

Reka Grafik Yang Baik

Itu satu contoh keadaan kerana kita mahukan maklumat sampai cepat. Kalau tidak masakan property developer yang kaya masih menggunakan flyers untuk medium marketing mereka. Kita pula syarikat kecil pula tidak merasakan flyers ini penting. 🙂

Nak buat flyers ada juga etika atau perkara yang perlu diambil kira. Antara salah satunya adalah reka grafik.

Kita takkan mahu flyers dicetak hanya menggunakan dakwat di atas kertas berwarna biru gelak. Nanti maklumat tak sampai, perkataan tenggelam tak nampak, klien susah nak baca, keliru dan hanya buat klien sakit mata.

Jadi kalau nak buat flyers perlulah menggunakan khidmat syarikat yang telah berpengalaman dalam membuat reka grafik supaya maklumat sampai, klien juga mendapat nasihat dari sudut reka grafik.

Reka Grafik Yang Mengelirukan

Klien boleh bagi juga idea, konsep yang dimahukan, syarikat pereka grafik akan advise macam mana ia boleh direalisasikan. Dari segi material flyers jugak syarikat kami boleh advise.

Imej reka grafik itu klien boleh simpan andaikata di masa hadapan reka grafik itu ingin digunakan lagi atau untuk digunakan di dalam medium sosial media yang lain.

Jadi apabila reka grafik dah siap, barulah boleh fikir dan ukur bajet untuk buat berapa banyak flyers yang kita mahukan. Seeloknya buat banyak terus kerana kebiasaannya syarikat percetakan akan meletakan harga lebih rendah jika lebih banyak cetakan yang dibuat.

Posted on

Reka Bentuk Logo, Reka Bentuk Identiti dan Penjenamaan

Reka bentuk logo, reka bentuk identiti dan penjenamaan mempunyai tugas atau tujuan yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi jika digabungkan ia akan menghasilkan / menampilkan maksud sesuatu perniagaan atau produk yang digambarkan.

Apa itu penjenamaan?

Topik yang berat untuk dibincang tetapi secara umumnya mudah diterangkan sebagai suatu organisasi, khidmat atau produk dengan identiti / personaliti yang dihasilkan dari persepsi audien.

Pereka grafik tidak membuat jenama tetapi audien itu sendiri yang membinanya dan juga pereka grafik hanyalah membina asas jenama sahaja.

Ramai berpendapat bahawa jenama hanya perlu mempunyai beberapa elemen – sedikit warna, sedikit huruf, logo, slogan. Walhal, realitinya ia adalah lebih sukar /rumit daripada itu. Boleh juga dikatakan jenama adalah “imej korporat”.

Asas idea & konsep utama sebalik “imej korporat” adalah apa sahaja yang syarikat itu lakukan, apa yang dimiliki dan kesemua itu akan menunjukkan nilai dan arah tuju perniagaan amnya.

Konsisten adalah “main point’ dimana ia membentuk suatu syarikat untuk menunjukkan di mana pendirian mereka. Ia bukan semata-mata berkenaan tentang warna, huruf, logo & slogan.


Apa pula identiti reka grafik?

Fungsi yang memainkan peranan paling besar dalam “jenama” atau “imej korporat” pada suatu syarikat.

Dalam kebanyakan isu, identiti reka grafik adalah berdasarkan apa sahaja “alatan visual” yang digunakan dalam syarikat tersebut. Panduan ini adalah identiti yang biasanya memandu bagaimana identiti itu diaplikasi di dalam pelbagai lapisan, contoh; menggunakan “color pallettes”, huruf, “layout”, ukuran dan lain-lain. Panduan ini memastikan bahawa identiti syarikat itu konsisten, yang mana pada keseluruhannya akan lebih dikenali.

http://www.grubstreet.com/2018/03/coca-cola-alcoholic-soda-japan.html
Kredit Foto – grubstreet.com

Imej identiti suatu syarikat dibuat dari pelbagai “alatan visual” seperti:

  • Logo ( Simbol keseluruhan identiti & jenama )
  • Alat tulis ( Letterhead + Kad Nama / Business Card + Surat, etc )
  • Alatan Pemasaran ( Flyers, Brochures, Buku, Website, etc )
  • Produk & Pembungkusan ( Produk yang dijual dan pembungkusan )
  • Gerak Grafik Pakaian ( Pakaian yang di pakai oleh staff )
  • Papan Tanda / Signage
  • Apa sahaja alatan visual yang menggambarkan perniagaan itu.

Semua di atas adalah hasil yang dibentuk membentuk suatu identiti yang menyokong jenama tersebut pada umumnya. Logo bagaimanapun, adalah identiti korporat dan jenama yang merangkumi kesemuanya dalam satu.

Apa itu Logo?

Untuk memahami apa itu logo, yang pertama kita perlu faham adalah:

Logo adalah identiti.

Logo identiti syarikat atau produk melalui penggunaan tanda, simbol atau tandatangan. Logo tidak menjual syarikat secara langsung dan jarang sekali menggambarkan peniagaan tersebut. Logo menerangkan maksud dari kualiti yang disimbolkan – Logo disini sebagai identiti bukan untuk menerangkan.

Untuk andaian konsep, fikirkan bahawa logo itu manusia yang kita akan panggil dengan nama – Ahmad, Ali atau Abu; berbanding dengan ” lelaki yang selalu pakai baju biru “. Dengan cara ini, logo menggambarkan bahawa ia menggambarkan identiti perniagaan supaya mudah dikenali & diingati.

Ia amat penting bahawa apabila logo dikenali ia akan menjadi sepertimana kita mengenali seseorang dengan nama & identiti mereka.

Rujukan:-
https://justcreative.com/2010/04/06/branding-identity-logo-design-explained/

Posted on Leave a comment

Signboard Menu Makanan Di Medan Selera Presint 8, Putrajaya

Signboard Menu Makanan Di Medan Selera Presint 8, Putrajaya

Signboard Menu Makanan untuk pelanggan yang membuka kedai makan di Presint 8 Putrajaya. Untuk produk ini direka grafik oleh kami supaya kami dapat pastikan bahawa “font” (jenis huruf) yang digunakan tidak mengelirukan pengguna.

Saiz yang di pinta oleh pelanggan adalah 8 x 2.25 ft dan material yang digunakan adalah vinyl sticker dan di”laminate”. Ini supaya dapat melindungi sticker dari sebarang bentuk cuaca atau persekitaran yang berminyak / sewaktu dengannya.

Kemudian sticker tersebut akan dilekatkan di atas plastik yang mudah lentur dan ia juga ringan untuk dilekat di dinding.

Signboard ini boleh juga digunakan sebagai faktor yang mampu menarik pelanggan untuk datang ke kedai anda. Contohnya, faktor reka grafik yang ceria untuk datang ke kedai anda.

Juga boleh dijadikan sebagai satu landmark kerana mudah diingati oleh pelanggan sekiranya reka grafik signboard tersebut lain dari yang lain.

 


Signboard Menu Makanan - Medan Selera

 

Di bawah ini adalah contoh mock up yang kami buat untuk menunjukkan kepentingan signboard sebagai faktor penarik kepada pelanggan.

Signboard Menu Makanan - Medan Selera

 

Sekiranya anda berminat untuk menempah sign seperti berikut anda boleh WhatsApp kami,

[chat style=8]

 

 

Posted on Leave a comment

Vynil Sticker – ANZ Horsepark

Vynil Sticker – ANZ Horsepark

Vynil Sticker – ANZ Horsepark – untuk seorang pelanggan yang membuat perniagaan menyewa kereta kuda untuk majlis-majlis perkahwinan, keramaian dan yang seangkatan dengannya. Idea perniagaan beliau terhasil dari minat beliau terhadap sukan berkuda.

Untuk menghiaskan kereta kuda ini, kami mencadangkan kepada beliau UV Vynil Sticker. Ini kerana dakwat UV mampu bertahan dengan lama untuk sebarang cuaca dan ia nya amat penting untuk kereta kuda ini. Ini kerana kereta kuda ini akan digunakan tidak mengira waktu siang atau malam.

Sekiranya anda berminat untuk merasai pengalaman menaik kereta kuda, anda boleh melawat page ANZ Horsepark .

Sekiranya anda berminat untuk menempah sticker seperti berikut anda boleh WhatsApp kami,

[chat style=8]

 

Vynil Sticker - ANZ Horsepark

Vynil Sticker - ANZ Horsepark

Vynil Sticker - ANZ Horsepark

 

Posted on

Signage Dilarang Masuk

Proses pembuatan signage dilarang masuk.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]

 


 

Posted on

Lettering Sticker Untuk Masjid Al-Muttaqin

Klien dari Masjid Al-Muttaqin menempah lettering sticker dari kami.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]


Posted on Leave a comment

Woven Bag & Lanyard Nilai Mas

Tempahan dari client kami Nilai Mas iaitu lanyard & wovenbag. Client kami merupakan konsultan company yang menawarkan servis in Traffic, Naval Traffic, Transportation & Highway, Environmental, Geologist and Project Management Engineers.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]


Posted on Leave a comment

Microfiber Shirt Untuk Team Hiking MEX

Material baju adalah microfibre dan di ‘print’ melalui kaedah silkscreen.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]


Posted on

Video Print Sticker Silver & Gold

Sticker gold & silver yang baru menjengah pasaran. Di bawah sedikit video yang mana cetakan dilakukan ke atas sticker gold.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami dengan menekan link WhatsApp di bawah.

[chat style=8]